Download this Blogger Template by Clicking Here!

Ad 468 X 60

Jumaat, 9 Disember 2016

Widgets

Menjadi seorang admin fb menjadi aku terfikir utk membuat satu falsafah hidup berdasarkan Facebook itu sendiri.🌹 ............. Hidup boleh jadi berkawan (friends) ramai, boleh jadi disukai (likes) oleh seluruh warga Facebook.

Namun hakikatnya, untuk disukai (di like) ramai sangat sukar jika dibandingkan dengan ber friends beribu-ribu. Lihat sahaja, fb pages terutamanya newbie. Status postnya berkualiti, indah dibaca dan sentiasa up-to-date, namun untuk mencapai jumlah likes 500 org tak semudah itu. Itu baru lima ratus bukan 500 k ya!

Buat personal Facebook yg baru sehari dua wujud, mencapai angka 1 k friends sesuatu benda yg senang sebenarnya. Hanya perlu berbekal status 4 6 keping gambar yg ber filter 360° dan brightness 💯 % sudah memadai utk kaut friends 5 k!

Dalam kehidupan sebenar manusia pula, mendapatkan kepercayaan dan di sukai/cintai oleh manusia di sekeliling amat sukar sekali hatta kita sudah berusaha sehabis baik untuk menjadi budak baik. Kebanyakan nya lebih kepada paparazzi mencari kesalahan kecil utk diperbesarkan - besarkan dan terus lupakan seribu kebaikan manusia.

Tapi, kalau sekadar nak tambah jumlah kenalan/rakan (@friends), sekadar nak cari kawan yg jenis "ezy come and go" yg ramai, cukup mudah... Sebagai contoh, hari ini kita berkawan dengan seseorang. Kita sembang dengan org tu bagai nak rak runtuh, bergelak berdua2 hingga bergegar langit, mengila-gila bersama seperti tak tak berpisah. Then esok lusa terus hilang tanpa berita dan pesanan. Spesies ini cukup mudah dijumpai.

Satu lagi persamaan falsafah dunia fb dan realiti ialah kau kalau kau nak disukai/likes beribu2 orang dalam masa singkat, campak la duit kau banyak2. Mesti, hidup kau yg dahulunya suram, kini bersinar dengan harapan palsu. Dalam fb pages, kami gelarkan ia sebagai "booster post", bank in duit kpda fb, likes pages akan bertambah berganda. Dalam dunia nyata, bagi duit saja2 dekat org lain, belanja makan, belanja bercuti ke tempat eksotik. Org ramai akan berpusu - pusu datang berdamping. Sayangnya, mereka hanya lah kawan yg bukan sanggup bersama di waktu susah.

Hilmi Ahmad 🎈
8 December 2016
Malam, 23.22

SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: Mohammad
Mohammad is the founder of STC Network which offers Web Services and Online Business Solutions to clients around the globe. Read More →

0 ulasan: