Sabtu, 3 Jun 2017
I wanna more, i want a older boy back!
*sebenarnya ayat ini berpusing dalam kepala aku dalam bahasa english. Tp dah tak ingat so baca hat melayu kay#taman ria depan kelab cinta sayang
Aku fikir nak kembali ke masa lalu,
Masa dimana aku tak mengenali erti,
Waktu aku mula berdiri dengan kaki sendiri,
Bukan macam hari ini berduri dan tak bereti.
Sebenarnya aku sendiri tak mengerti,
Dunia ini semua boleh terjadi,
Mengapa semua ini terjadi,
Berpusing bersatu baik dan mati.
Aku rindu aku yang dulu,
Yang tak mengerti bagaimana dunia berfungsi,
Yang putih bersih bagai kain putih,
Jiwa dan hati si anak kecil.
Aku sedih melihat aku hari ini,
Hidup dalam noda perbuatan sendiri,
Kaki tangan jiwa ku sehitam daki,
Tak malu ku tayang semua itu berkali-2.
Jauh di sanudari masih dengar bunyi,
Suara memanggil diri untuk kembali,
Bertemu bersujud di hadapan tuhan yg hakiki,
Memohon ampun atas kesilapan sengaja diri.
Merenung aku jauh di halaman,
Terus memikir masa hadapan,
Bagaimana aku dunia dan akhirat kehidupan,
Tak terbayang kerana ceteknya ilmu diberi tuhan.
Terkenang aku masa lampau,
Berjalan merentasi pohon-2 dengan senyuman,
Bahagia puas muka aku berjalan,
Tanpa perlu fikirkan bahayanya sekarang.
Read More »
Ahad, 28 Mei 2017
Siapa aku di masa hadapan?
Tu yg setiap kali aku akan sebut bila baca entry blogger orang lain 5 tahun yg lepas dan entry hari ini. 🙂
*akan di edit petikan lebih panjang, wait
Salam ramadan kareem 2017
Read More »
Isnin, 24 April 2017
Bicara Hingga ke Langit
Dulu aku suka engkau,Berbicara lagak gembira,
Berjalan bak bunyi
Read More »
Jumaat, 9 Disember 2016
Menjadi seorang admin fb menjadi aku terfikir
utk membuat satu falsafah hidup berdasarkan Facebook itu sendiri.🌹
............. Hidup boleh jadi berkawan (friends) ramai, boleh jadi
disukai (likes) oleh seluruh warga Facebook.
Namun hakikatnya,
untuk disukai (di like) ramai sangat sukar jika dibandingkan dengan ber
friends beribu-ribu. Lihat sahaja, fb pages terutamanya newbie. Status
postnya berkualiti, indah dibaca dan sentiasa up-to-date, namun untuk
mencapai jumlah likes 500 org tak semudah itu. Itu baru lima ratus
bukan 500 k ya!
Buat personal Facebook yg baru sehari dua wujud,
mencapai angka 1 k friends sesuatu benda yg senang sebenarnya. Hanya
perlu berbekal status 4 6 keping gambar yg ber filter 360° dan
brightness 💯 % sudah memadai utk kaut friends 5 k!
Dalam
kehidupan sebenar manusia pula, mendapatkan kepercayaan dan di
sukai/cintai oleh manusia di sekeliling amat sukar sekali hatta kita
sudah berusaha sehabis baik untuk menjadi budak baik. Kebanyakan nya
lebih kepada paparazzi mencari kesalahan kecil utk diperbesarkan -
besarkan dan terus lupakan seribu kebaikan manusia.
Tapi, kalau sekadar nak tambah jumlah kenalan/rakan (@friends),
sekadar nak cari kawan yg jenis "ezy come and go" yg ramai, cukup
mudah... Sebagai contoh, hari ini kita berkawan dengan seseorang. Kita
sembang dengan org tu bagai nak rak runtuh, bergelak berdua2 hingga
bergegar langit, mengila-gila bersama seperti tak tak berpisah. Then
esok lusa terus hilang tanpa berita dan pesanan. Spesies ini cukup mudah
dijumpai.
Satu lagi persamaan falsafah dunia fb dan realiti
ialah kau kalau kau nak disukai/likes beribu2 orang dalam masa singkat,
campak la duit kau banyak2. Mesti, hidup kau yg dahulunya suram, kini
bersinar dengan harapan palsu. Dalam fb pages, kami gelarkan ia sebagai
"booster post", bank in duit kpda fb, likes pages akan bertambah
berganda. Dalam dunia nyata, bagi duit saja2 dekat org lain, belanja
makan, belanja bercuti ke tempat eksotik. Org ramai akan berpusu - pusu
datang berdamping. Sayangnya, mereka hanya lah kawan yg bukan sanggup
bersama di waktu susah.
Hilmi Ahmad 🎈
8 December 2016
Malam, 23.22
Read More »
Langgan:
Ulasan (Atom)
