Sabtu, 3 Jun 2017
I wanna more, i want a older boy back!
*sebenarnya ayat ini berpusing dalam kepala aku dalam bahasa english. Tp dah tak ingat so baca hat melayu kay#taman ria depan kelab cinta sayang
Aku fikir nak kembali ke masa lalu,
Masa dimana aku tak mengenali erti,
Waktu aku mula berdiri dengan kaki sendiri,
Bukan macam hari ini berduri dan tak bereti.
Sebenarnya aku sendiri tak mengerti,
Dunia ini semua boleh terjadi,
Mengapa semua ini terjadi,
Berpusing bersatu baik dan mati.
Aku rindu aku yang dulu,
Yang tak mengerti bagaimana dunia berfungsi,
Yang putih bersih bagai kain putih,
Jiwa dan hati si anak kecil.
Aku sedih melihat aku hari ini,
Hidup dalam noda perbuatan sendiri,
Kaki tangan jiwa ku sehitam daki,
Tak malu ku tayang semua itu berkali-2.
Jauh di sanudari masih dengar bunyi,
Suara memanggil diri untuk kembali,
Bertemu bersujud di hadapan tuhan yg hakiki,
Memohon ampun atas kesilapan sengaja diri.
Merenung aku jauh di halaman,
Terus memikir masa hadapan,
Bagaimana aku dunia dan akhirat kehidupan,
Tak terbayang kerana ceteknya ilmu diberi tuhan.
Terkenang aku masa lampau,
Berjalan merentasi pohon-2 dengan senyuman,
Bahagia puas muka aku berjalan,
Tanpa perlu fikirkan bahayanya sekarang.
Author: Mohammad
Mohammad is the founder of STC Network which offers Web Services and Online Business Solutions to clients around the globe. Read More →
Related Posts:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)












0 ulasan: